PM cadang adakan lawatan kerja ke China, Timur Tengah

Ismail Sabri (tengah) memberi angpow kepada kanak-kanak dari Bodhi Homecare pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) pada Ahad. - Foto Bernama
Ismail Sabri (tengah) memberi angpow kepada kanak-kanak dari Bodhi Homecare pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau bercadang mengadakan lawatan kerja ke China pada Mei dan ke Timur Tengah pada penghujung Mac ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, pada peringkat awal beliau akan menghabiskan dahulu lawatan kerjanya ke negara-negara ASEAN seperti ke Brunei yang dijadualkan pada Isnin dan negara lain seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam.

"Saya selesaikan ASEAN dulu sebelum saya pergi ke negara Timur Tengah, tengah tunggu tarikh mungkin Mac atau selepas Parlimen habis bersidang... selepas itu saya ke China,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia di sini pada Ahad.

Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak 1974, negara pertama di ASEAN yang melakukannya. Sejak itu, kedua-dua negara menjalin hubungan erat dan membangun perkongsian untuk kepentingan bersama dalam pelbagai aspek.

Sebelum ini, Indonesia menjadi negara pertama dikunjungi beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu. - Bernama



Artikel Berkaitan: