Lima pelajar tunggang motosikal aksi 'superman' ditahan

Sembilan penunggang motosikal yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
Sembilan penunggang motosikal yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima pelajar berusia 16 dan 17 tahun antara sembilan penunggang motosikal yang ditahan selepas melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman melakukan pemantauan di lokasi berkenaan, jam 12.40 tengah malam.

"Sekumpulan penunggang motosikal dilihat melakukan aksi superman, menundukkan badan, bersaing sesama sendiri dan zig-zag bermula dari Kilometer (KM) 19.2 sehingga KM 24.2 Lebuhraya Kesas arah Shah Alam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Nadzri berkata, pihaknya menahan empat penunggang motosikal selepas mereka berhenti di hadapan sebuah gerai burger di Taman Dato Hormat Telok Panglima Garang Banting pada jam 1.10 pagi.

"Lima minit kemudian, kita menahan lima lagi di taman permainan di taman perumahan yang sama," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan 30 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

"Kesemua motosikal telah disita, kesemua suspek yang ditahan berusia 16 hingga 20 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: