Empat pemain Selangor sertai latihan Harimau Muda

Penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Zikri Mohd Khalili; Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.

A
A
A

EMPAT lagi pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook menyatakan empat pemain itu adalah penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili; Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Kesemua pemain Selangor FC itu yang melapor diri malam tadi merupakan tonggak yang membantu negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 selepas mengungguli saingan kumpulan pusingan kelayakan di Mongolia, Oktober lalu.

Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B pada pertandingan di Kemboja itu akan memulakan kempen menentang Myanmar di Stadium Prince, pada 15 Februari ini.

Anak buah ketua jurulatih Brad Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 18 Februari di venue sama sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi berdepan Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo, pada 21 Februari.

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.

Artikel Berkaitan: