Guna GrabPay di pusat beli-belah AEON

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi menyokong gaya hidup masyarakat kini yang suka membeli-belah secara digital, AEON CO. (M) BHD menjalinkan kerjasama dengan Grab Malaysia bagi penggunaan e-dompet GrabPay sebagai kaedah pembayaran.

Kerjasama kedua-dua syarikat ini bagi memenuhi keperluan pengguna kini selain menyokong gaya hidup digital dan pertumbuhan ekonomi mampan di Malaysia.

E- dompet GrabPay ialah salah satu e-dompet terkemuka di Malaysia yang menawarkan pembayaran cara mudah, selamat dan bermanfaat untuk membayar keperluan harian mereka seperti barangan runcit, petrol, bil, makanan dan minuman, tunggangan, beli-belah dalam talian, tambah nilai prabayar dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Kewangan AEON, Dr Grace Lee, berkata, pihaknya gembira dan bersyukur kerjasama dengan Grab Malaysia menawarkan GrabPay sebagai kaedah pembayaran.

“Usahasama ini akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan AEON dan membolehkan mereka menikmati penjimatan setiap kali mereka membeli-belah.

“Ia juga akan memanfaatkan peningkatan bilangan pelanggan celik teknologi yang lebih suka membeli-belah secara digital,”katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya sentiasa berusaha untuk menambah nilai kepada perkhidmatan syarikat agar terus maju ke hadapan.

“Kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi ekosistem peruncitan baharu yang berasaskan permintaan dan lebih selaras dengan dinamik pasaran, corak penggunaan dan tingkah laku pelanggan semasa.

“Teknologi, pendigitalan dan inovasi akan menjadi perubahan untuk AEON dalam memacu perjalanan transformasi digital,”katanya.

Sementara itu, Ketua GrabPay,Grab Malaysia, Priyanka Madan, berkata, pihaknya percaya perkongsian sinergi itu membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses mudah kepada keperluan harian mereka seperti barangan runcit dan keperluan rumah.

“Kami berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan dalam ekosistem pembayaran tanpa sentuh AEON dan menyokong perjalanan transformasi digital mereka.

“Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk memanfaatkan penyelesaian inovatif dan inklusif bagi memenuhi keperluan kewangan digital pengguna.

“Dengan ciri seperti GrabRewards, pembeli AEON boleh menikmati penjimatan dengan setiap transaksi yang dilindungi daripada pelbagai langkah keselamatan,”katanya.

No Image Caption

Melalui kerjasama ini, para pembeli mendapat pulangan hebat sehingga 1.8 peratus dalam simpanan apabila mereka memperoleh GrabRewards untuk setiap transaksi GrabPay di semua cawangan AEON.

Bukan itu sahaja, sempena dengan permulaan tahun baharu dan Tahun Baharu Cina, pembeli AEON yang membayar melalui GrabPay akan menikmati rebat RM8 dengan pembelian minimum RM88.

Kempen ini berlangsung dari 15 Januari hingga 28 Februari 2022 di AEON Store, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness dan cawangan AEON BiG yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Kerjasama antara AEON dan GrabPay ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan (SGD), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menggalakkan kesinambungan, keterangkuman dan pertumbuhan ekonomi lestari, serta menyediakan pekerjaan sesuai untuk semua.