Polis tunggu laporan kimia

Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.
Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes penemuan mayat seorang lelaki dengan keadaan tangan serta kaki berikat di sebuah rumah di Jalan Cenanga Baru, Kampung Repah, Tampin bulan lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, punca-punca kematian masih belum dapat dipastikan.

"Kita masih menunggu laporan kimia dan patologi. Kita menyiasat dari semua sudut termasuklah sama ada kematian mangsa disebabkan racun atau dadah.

"Mungkin dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan dapat maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini pada Isnin.

Menurutnya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat dan polis telah mengambil keterangan ahli keluarga dan jiran mangsa bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, perasaan curiga seorang isteri apabila suaminya gagal dihubungi telah membawa kepada penemuan mayat lelaki itu di rumah sewa mereka di Kampung Repah, Tampin.

Paling memilukan apabila wanita terbabit melihat mayat suaminya yang berusia 26 tahun dalam keadaan kaki dan tangan berikat serta berbungkus dengan selimut.

Artikel Berkaitan: