Sila log masuk terlebih dahulu.

Penunggang motosikal catat kemalangan maut tertinggi

Penunggang motosikal mencatat peratusan tertinggi kemalangan maut di Selangor sepanjang 10 hari Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang berakhir pada Ahad. - Foto 123RF
Penunggang motosikal mencatat peratusan tertinggi kemalangan maut di Selangor sepanjang 10 hari Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang berakhir pada Ahad. - Foto 123RF
A
A
A

PETALING JAYA - Penunggang motosikal mencatat peratusan tertinggi kemalangan maut di Selangor sepanjang 10 hari Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang berakhir pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, jumlah kemalangan maut pada Op Selamat tahun ini melibatkan sebanyak 18 kes.

"Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dikesan tertinggi iaitu sebanyak 17 kes dan satu kes lagi melibatkan pejalan kaki.

"Jumlah kemalangan keseluruhan bagi Selangor mencatatkan sebanyak 2,581 kes pada tahun ini," katanya pada Sinar Harian selepas melakukan tinjauan udara di lebuh raya di sekitar negeri ini pada Ahad.

Katanya, siasatan pihaknya mendapati antara faktor berlakunya kemalangan maut melibatkan pelanggaran peraturan jalan raya.

"Kebanyakan kes melibatkan kemalangan maut ini adalah disebabkan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Operasi penguatkuasaan dijalankan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  Selangor dalam Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang berakhir pada Ahad.
Operasi penguatkuasaan dijalankan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor dalam Op Selamat Tahun Baharu Cina 2022 yang berakhir pada Ahad.

"Dalam masa sama, terdapat kes kemalangan maut melibatkan pelanggaran lampu isyarat merah dan lain-lain kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, mengulas mengenai tinjauan menerusi udara di sekitar lebuh raya dan kawasan lalu lintas di Selangor, keadaan lalu lintas di beberapa lebuh raya masuk dan keluar di negeri ini dalam keadaan lancar.

"Lokasi pemantauan dijalankan di beberapa kawasan utama iaitu melibatkan zon utara iaitu Plaza Tol Duta, zon Selatan Plaza Tol Sungai Besi dan zon timur iaitu di Plaza Tol Gombak, keadaan trafik di ketiga lokasi ini adalah lancar.

"Selain itu, pemantauan serta tinjauan turut dijalankan di empat lebuh raya utama melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Utara Selatan (Sungai Besi-Seremban).

"Keadaan trafik di lokasi ini turut berada dalam keadaan lancar," katanya.