Piala FA: Middlesbrough kejutkan Manchester United

Pemain Middlesbrough meraikan kejayaan menewaskan Manchester United dalam saingan Piala FA di Old Trafford.
Pemain Middlesbrough meraikan kejayaan menewaskan Manchester United dalam saingan Piala FA di Old Trafford.
A
A
A

KELAB Liga Kejuaraan Middlesbrough menunjukan juara 12 kali Manchester United jalan keluar dari pusingan keempat Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 7-8 selepas pelawat bangkit menyamakan kedudukan 1-1 di Old Trafford.

The Red Devils terlebih dulu di depan menerusi jaringan gol pada minit ke-25 Jadon Sancho, sejurus selepas Cristiano Ronaldo terlepas sepakan penalti sebelum itu.

Bagaimanapun tuan rumah yang menguasai perlawanan selepas itu gagal merebut peluang dalam bentuk penyudah menerusi Ronaldo dan Marcus Rashford.

Middlesbrough kendalian Chris Wilder yang tidak mengalah akhirnya menyamakan kedudukan menerusi bekas pemain muda Manchester United, Matt Crooks pada minit ke-64.

The Red Devils berpeluang mendahului pelawat selepas itu, namun sepakan Bruno Fernandes terkena tiang.

Artikel Berkaitan: