India sahkan lima rakyatnya terbunuh insiden tembakan di Christchurch

Penduduk New Zealand meletakkan jambangan bunga berhampiran lokasi serangan bagi memperingati mangsa yang terbunuh.
Penduduk New Zealand meletakkan jambangan bunga berhampiran lokasi serangan bagi memperingati mangsa yang terbunuh.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA . Lima rakyat India antara 50 jemaah masjid yang terbunuh dalam serangan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant di Chirstchurch, kelmarin.

Kedutaan India di New Zealand mengesahkan angka kematian itu menerusi Twitter.

Tiga mangsa maut dalam kejadian tembakan rambang di Masjid Al Noor dikenal pasti sebagai penduduk dari Gujarat.

Mereka ialah pasangan bapa dan anak, Asid dan Ramiz Vora serta pesara berusia 65 tahun, Mahboob Khokhar yang melawat anaknya lelakinya di bandar tersebut.

Ansi Karippakulam Alibava, 23, penuntut universiti dari Kerala turut disahkan terkorban.

Mangsa kelima pula dikenal pasti sebagai bakal juruterbang, Ozair Kadir.

Sementara itu, Kementerian Luar India berkata pihaknya sedang meneliti maklumat kesemua rakyatnya yang terlibat dalam insiden tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: