Permaisuri Selangor gesa bela nasib kucing, anjing terbiar

Tengku Permaisuri Norashikin turut mengambil empat kucing terbiar untuk dijadikan haiwan angkat. - Foto Facebook Selangor Royal Office
Tengku Permaisuri Norashikin turut mengambil empat kucing terbiar untuk dijadikan haiwan angkat. - Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menggesa pihak berwajib di negeri Selangor dan seluruh negara terus membela nasib kucing dan anjing terbiar di jalanan.

Baginda menegaskan, kucing dan anjing terbiar harus dikenal pasti dan dikasi (neuter) supaya populasi mereka dapat dikawal.

"Tengku Permaisuri Norashikin turut menggalakkan haiwan terbiar ini diambil sebagai haiwan angkat dan dipelihara dengan baik," kata kenyataan itu di Facebook Selangor Royal Office pada Jumaat.

Kenyataan itu memberitahu, baginda turut mengambil empat kucing terbiar di sekitar Pantai Cenang, Langkawi untuk dijadikan haiwan angkat dan kini dijaga oleh kakitangan Hotel Casa Del Mar.

"Kesemua kucing angkat ini telah dikasi yang mana baginda turut sentiasa menyumbangkan bekalan makanan haiwan kepada hotel berkenaan," ujar kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: