JPNS sita lori balak, pemandu ditahan

JPNS menyita sebuah lori balak dan menahan pemandunya dalam operasi di jalan Bukit Fraser menghala Kuala Kubu Bharu, pada 20 Januari lalu.
JPNS menyita sebuah lori balak dan menahan pemandunya dalam operasi di jalan Bukit Fraser menghala Kuala Kubu Bharu, pada 20 Januari lalu.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menyita sebuah lori yang membawa kayu balak di Jalan Bukit Fraser menghala Kuala Kubu Bharu, di sini pada 20 Januari lalu.

Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata, lori itu ditahan sepasukan anggota Seksyen Penguatkuasaan JPNS kira-kira jam 3.30 petang.

"Semakan kita mendapati lori terbabit beroperasi dengan memiliki Pas Pemindah yang meragukan dan dipercayai telah digunakan semula kerana telah tamat tempoh kuat kuasa 24 jam Pas Pemindah tersebut.

"Selain itu, bilangan tual kayu balak yang dibawa lori tersebut juga tidak sama seperti bilangan yang ditetapkan di Pas Pemindah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Lori berkenaan ditahan sepasukan anggota Seksyen Penguatkuasaan JPNS kira-kira jam 3.30 petang.
Lori berkenaan ditahan sepasukan anggota Seksyen Penguatkuasaan JPNS kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau berkata, pemandu lori warga tempatan telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Katanya, tindakan sitaan telah diambil ke atas lori terbabit dan dibawa ke Pusat Penyimpanan Barang Kes Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

"Kes telah disiasat di bawah peruntukan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," tegasnya.

Artikel Berkaitan: