Malaysia hargai bantuan Jepun beri jaminan bon

Dr Mahathir ketika mengadakan sidang media bersama Shinzo Abe selepas mesyuarat dua hala di Tokyo.
Dr Mahathir ketika mengadakan sidang media bersama Shinzo Abe selepas mesyuarat dua hala di Tokyo.
A
A
A
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe dan kerajaannya membantu meringankan masalah kewangan Malaysia.

Dr Mahathir yang dalam lawatan kerja tiga hari ke negara itu bermula kelmarin, turut menghargai sikap positif Abe serta kerajaan yang prihatin terhadap kekangan kewangan Malaysia dengan mengambil tindakan sewajarnya.

"Perdana Menteri Abe turut memberi jaminan mengenai kesediaan Jepun untuk menimbang permintaan Malaysia sekiranya kita berhasrat mendapatkan bantuan negara itu pada masa depan,” katanya pada sidang media bersama dengan Abe, di sini, semalam.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun bagi tawaran jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada tempoh 10 tahun.

Pada pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, tawaran itu dibuat berikutan keyakinan Kerajaan Jepun terhadap pentadbiran dan kepimpinan Dr Mahathir. - Bernama
Artikel Berkaitan: