BAM akui sukar untuk lepaskan Zii Jia

Mohamad Norza ketika dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Mohamad Norza ketika dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui sukar bagi pihaknya untuk melepaskan Lee Zii Jia kerana pemain itu dilatih sejak berusia 13 tahun.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, apabila prestasi ditunjukkan oleh Zii Jia dalam banyak kejohanan, ia memberi bayangan bahawa proses pembentukan pelapis itu berjaya.

“Saya masih ingat lagi masa itu, orang mungkin kata 10 tahun, 15 tahun lagi baru akan ada pengganti Datuk Lee Chong Wei.

“Jadi bagi seorang yang kita latih sejak umur 13 tahun sukar untuk kita lepaskan, ‘it very difficult to let go’, ” katanya kepada Sinar Harian sewaktu diwawancara dalam program Bersama Johan Jaaffar pada Rabu.

Menurut beliau, keputusan yang dibuat oleh BAM pada awalnya berdasarkan apa yang telah dilalui oleh badan induk badminton negara terhadap pemain lain iaitu perlu melalui tempoh dua tahun penggantungan.

Mohamad Norza (kanan) ketika diwawancara dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Mohamad Norza (kanan) ketika diwawancara dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

“Bila rayuan itu dibuat, kita telah buat keputusan berlandaskan fakta yang kita ada,” tegasnya.

Jelas Mohamad Norza, BAM sudah lama wujud dan badan itu mempunyai proses atur cara atau 'governens' yang perlu dipatuhi.

Artikel Berkaitan:

“Dalam proses itu, kita juga lihat balik keputusan-keputusan yang kita buat sebelum ini dan bila ‘council’ bermesyuarat, ada perbincangan kerana Zii Jia merupakan aset terpenting yang kita lahirkan,” ujarnya

BAM sebelum ini mengambil keputusan tidak akan mendaftarkan Zii Jia daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa selepas pemain itu mahu bergerak secara profesional.

Namun hanya selepas beberapa hari keputusan itu dibuat, badan induk persatuan itu menarik balik keputusan berkenaan selepas pemain nombor tujuh dunia itu mengemukakan rayuan.