Buruh binaan ditahan rogol adik kandung

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Polis memberkas seorang lelaki di sekitar daerah ini, pada Isnin selepas dipercayai merogol adik kandungnya.

Timbalan Ketua Polis Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, mangsa berusia 22 tahun mendakwa dalam kejadian pada Ogos 2018 telah dirogol abangnya kira-kira jam 1 pagi di kediaman mereka di Klang.

Katanya, mangsa juga mendakwa telah dirogol beberapa kali selepas kejadian itu.

"Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan juga dikatakan telah memaklumkan kepada ibu dan ayahnya berkenaan kejadian itu, namun tidak dipercayai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang diketuai Inspektor Khairul Shahril telah menahan suspek berusia 24 tahun kira-kira jam 11 malam pada Isnin.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan telah direman sehingga 7 Februari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: