'Tibo' kapten skuad PUFC

PUFC
PUFC
A
A
A

TEKA TEKI siapakah yang akan mengepalai Perlis United Football Club (PUFC) terjawab apabila Azmizi Azmi atau dikenali sebagai ‘Tibo’ diberi kepercayaan untuk membimbing rakan pasukan beraksi di Liga Malaysia Divisyen 3 (M3) yang akan membuka tirai 12 Februari ini.

Jurulatih PUFC Azizul Abidin berkata, beliau memilih Azmizi, 35, kerana yakin dengan kemampuan anak jati Kuala Perlis itu untuk membimbing rakan pasukan di padang.

"Daripada penilaian saya, Azmizi mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan ia terbukti ketika aksi persahabatan bersama Bukit Tambun FC (BTFC) pada 22 Januari lepas apabila Perlis United seri 2-2 pada perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar,” katanya yang dihubungi Bernama pada Isnin.

Pemain pertahanan itu pernah menyarung jersi pasukan Kedah, Felda United, Perak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC).

Azizul yang mesra dengan panggilan Cikgu Jon berkata, beliau telah memilih barisan pemain utama yang akan beraksi di Liga M3 musim ini dan pertukaran pemain akan dibuat mengikut keperluan perlawanan.

Beliau berkata, pemain PUFC telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan sulung bertemu pasukan daripada Terengganu iaitu Real Chukai FC di Stadium Mak Chili di Kemaman pada 12 Februari. - Bernama

Artikel Berkaitan: