Gunting Rambut Dalam Bas

No Image Caption
A
A
A
Pemilik kedai gunting Mohammad Effendi Jamali, 36, tekun menggunting rambut salah seorang pelanggannya di Island Barber Bus ketika ditemui fotoBERNAMA berhampiran Tapak Food Truck Perbadanan Labuan di Jalan Merdeka hari ini.

Effendi dan Alston Athur, 29, menggunakan sebuah bas Ford Trader retro berusia 50 tahun yang telah diubah suai menjadi sebuah kedai gunting bergerak yang mampu menempatkan dua pelanggan pada satu-satu masa.

Menurut Alston, operasi kedai gunting rambut bergerak mula mendapat sambutan kerana keunikannya dan dikunjungi setiap hari sejak mula beroperasi pada awal tahun ini.

Orang ramai terutama golongan muda tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman unik dan menarik bergunting di dalam sebuah bas retro.

Beroperasi setiap hari kecuali hari ahad bermula pukul 6 petang hingga 11 malam, harga yang ditawarkan hanya RM20 untuk orang dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak.
Artikel Berkaitan:


Bertemakan bas retro serta klasik namun memberikan perkhidmatan secara kasual, santai dan gaya moden, sesuai dengan cita rasa golongan muda pada masa kini. - Foto Bernama.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kapal Layar Tradisional Cina 'Fu Ning'

No Image Caption
GALERI

Kinder Arts by Special Artists

No Image Caption
GALERI

Bunga pokok Tecoma berkembang mekar

No Image Caption
GALERI

Geng kaki Catur jalanan