Amaran ribut petir di lapan negeri


MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga jam 8 malam Sabtu. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga jam 8 malam Sabtu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga jam 8 malam Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada jam 4 petang ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron dan di Selangor pula kawasan yang terlibat ialah di Hulu Selangor.

Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan yang terlibat ialah di Kapit (Belaga) dan Limbang di Sarawak, manakala Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: