Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam

Ahmad Adnan
Ahmad Adnan
A
A
A

TELUK INTAN - Akibat mendedahkan butiran perbankan, seorang guru lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM22,160 lesap ditipu sindiket Macau Scam, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 47 tahun menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai.

"Mangsa menafikannya menyebabkan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk buat laporan polis.

"Seterusnya panggilan itu disambungkan pula kepada pihak mahkamah kononnya pengadu terlibat jenayah penggubahan wang haram" katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa telah mendedahkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan dalam talian kepada sindiket berkenaan dengan alasan untuk memudahkan seliaan dan pemantauan pihak mahkamah.

"Mangsa menyerahkan segala butiran maklumat akaun bank berkenaan kepada suspek wanita yang dikenali dengan panggilan Jasmin.

"Dia sedar ditipu setelah wang miliknya dipindahkan menerusi dua transaksi dengan jumlah keseluruhan RM 22,160. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: