Penjaga gol futsal NZ antara korban Christchurch

Ucapan takziah ke atas keluarga Atta di Twitter yang dikongsi NZ Footballers.
Ucapan takziah ke atas keluarga Atta di Twitter yang dikongsi NZ Footballers.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Penjaga gol futsal New Zealand, Atta Elayyan, 33, dilaporkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan di dua masjid di sini Jumaat lalu.

Atta merupakan seorang penjaga gol dalam skuad futsal New Zealand dilahirkan di Kuwait namun berketurunan Arab Palestin.

Beliau berhijrah ke New Zealand dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kepada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Christchurch.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban Christchurch meningkat 50 orang

Atta juga merupakan penjaga gol bagi pasukan Canterbury yang beraksi dalam pertandingan tempatan futsal di New Zealand.

Beliau yang baru sahaja menjadi seorang bapa pada Julai 2017, meninggalkan seorang anak perempuan dan isteri.

Allahyarham pernah dinamakan sebagai salah seorang usahawan tekno yang berpengaruh dari New Zealand, mendapat tempat ke-31 daripada 100 senarai majalah digital teknologi maklumat, 'CIO from IDG'.

Pihak berkuasa negara itu melaporkan Atta berada di Masjid Al Noor yang merupakan salah sebuah masjid yang diserang di Christchurch.

Artikel Berkaitan:

Media tempatan hari ini melaporkan berita kematian Atta telah disahkan oleh keluarganya.