X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

[VIDEO] Zii Jia, Jin Wei 'bebas'

Gambar dari kiri: Lee Zii Jia, Goh Jin Wei
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk membenarkan dua pemain perseorangan negara - Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei beraksi dalam semua kejohanan di pentas antarabangsa.

BAM memaklumkan mereka mengambil kira rayuan yang dibuat Zii Jia dan Jin wei mengikut prosedur rasmi sebelum mencapai keputusan untuk melepaskan kedua-dua pemain berkenaan.

"Zii Jia dan Jin Wei dilepaskan daripada kontrak masing-masing dengan BAM mengikut terma dan syarat yang dipersetujui bersama," kata badan induk berkenaan dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu juga menyebut keputusan berkenaan disampaikan oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Penaung BAM, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

"BAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan Penaung atas minat mereka serta kebimbangan mereka dalam perkara ini.

"BAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Zii Jia dan Jin Wei di atas dedikasi dan komitmen mereka kepada negara serta mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka," kata badan induk berkenaan.

Pada Selasa lalu, Zii Jia mengesahkan dia sudah mendapat 'restu' daripada Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk bergerak secara profesional.

Pada Khamis, Jin Wei pula mengesahkan dia turut mendapat 'lampu hijau' daripada BAM untuk bergerak secara profesional.

Sebelum itu, BAM memutuskan tidak akan mendaftarkan Zii Jia dan Jin Wei menyertai menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa susulan keputusan mereka untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!