[VIDEO] Habitat asal diceroboh punca harimau masuk kampung

Tangkap layar yang menunjukkan kawasan hutan yang telah diteroka dari udara di Gua Musang.
Tangkap layar yang menunjukkan kawasan hutan yang telah diteroka dari udara di Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - Masyarakat orang asli di sini mendedahkan harimau belang yang berkeliaran dan masuk ke kawasan kediaman penduduk berlaku selepas habitat semula jadi diceroboh.

Perkara itu didedahkan oleh seorang penduduk dari Kampung Tendrik, Pos Bihai, di sini, Osman Perik semasa ditemubual oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa).

"Aktiviti pembalakan telah memusnahkan tempat tinggal harimau dan di kawasan tersebut ada satu gua yang sangat besar.

"Banyak harimau tinggal di situ. Namun sejak diceroboh, harimau telah bertindak keluar dari kawasan tersebut. Siapa tak marah kalau tempat mereka diganggu. Begitu juga dengan harimau," katanya menerusi temubual yang dilakukan oleh Kuasa melalui satu video yang dikongsi di laman sosial.