Tiga maut dua kereta bertembung

Dua kenderaan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, awal Khamis pagi. Foto:Polis Rompin
Dua kenderaan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, awal Khamis pagi. Foto:Polis Rompin
A
A
A

KUANTAN - Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah awal pagi Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.26 pagi, mangsa yang maut adalah pemandu Proton Saga, Rizal AL Awing, 18, manakala dua lagi penumpang kenderaan itu masih belum dikenal pasti identiti mereka.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pemandu dan dua lagi penumpang kereta proton Saga disahkan maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala kerana tersepit.

"Ketika kejadian, pemandu dan penumpang BMW dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Terengganu sebelum bertembung dengan kenderaan jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai orang asli.

"Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang kereta Proton Saga maut di tempat kejadian manakala pemandu serta penumpang BMW pula mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Azahari menjelaskan laporan mengenai kemalangan dibuat pemandu BMW, Muhammad Hafiz Muhammad Hadits, 31 dan penumpang, Syed Husain Yaacob Ali, 37 tahun hanya mengalami cedera ringan dalam kemalangan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: