Polis Langkawi rampas 50 mesin bitcoin

Antara mesin bitcoin yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di kawasan Pandak Mayah, Kuah di sini pada Rabu.
Antara mesin bitcoin yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di kawasan Pandak Mayah, Kuah di sini pada Rabu.
A
A
A

LANGKAWI - Polis Langkawi merampas 50 buah mesin bitcoin dalam serbuan di sebuah premis di kawasan Pandak Mayah, Kuah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, rampasan tersebut adalah kes kedua berkaitan perlombongan bitcoin di daerah ini.

Katanya, serbuan pada jam 11 pagi itu turut dibantu anggota teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Pemeriksaan dalam premis tersebut menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

"Premis tersebut juga disyaki membuat sambungan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerosakan dan kerugian pada harta benda TNB," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, tiada tangkapan setakat ini dan pihak polis giat mengesan pemilik mesin bitcoin, penyewa dan pemilik premis yang terlibat.

"Antara barangan yang dirampas termasuk 50 unit mesin melombong bitcoin, satu unit router, dan tiga unit modem jaringan tanpa wayar (WiFi).

"Semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: