JKM cari waris Adam

Waris kanak-kanak dikenali sebagai Adam dicari setelah diperintahkan berada dalam jagaan JKM sejak tiga tahun lalu.
Waris kanak-kanak dikenali sebagai Adam dicari setelah diperintahkan berada dalam jagaan JKM sejak tiga tahun lalu.
A
A
A

SIK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan sembilan tahun yang berada bawah jagaan agensi itu sejak tiga tahun lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Shamrul Izrin Isahak berkata, mana-mana pihak yang mengetahui maklumat waris atau ibu kandung kanak-kanak berkenaan diminta tampil.

Menurutnya, kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam, ditempatkan di bawah jagaan JKM, setelah dirujuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik pada tahun 2018.

"Hasil makluman awam, kanak-kanak tersebut dianggarkan berusia enam tahun ketika itu telah ditemui seorang diri di bawah pokok di Kampung Kuala Jeneri.

"Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen yang ditemui bagi mengesan ahli keluarga atau ibu kandung," katanya.

Beliau berkata, memandangkan pada ketika itu tiada ahli keluarga atau waris yang tampil untuk menuntut, Mahkamah Kanak-Kanak Sik telah memerintahkan agar Adam diletakkan dalam jagaan JKM mengikut Seksyen 30 (1) (d) Akta Kanak Kanak Pindaan 2016.

Katanya, Adam diperintahkan berada bawah jagaan JKM dan kini sudah berusia sembilan tahun.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris diminta berhubung dengan Pegawai Pelindung, Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik dengan kadar segera di talian 04-4690230.

Artikel Berkaitan: