Moyes kecewa kekalahan West Ham

Moyes - Foto Getty Images
Moyes - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI West Ham, David Moyes mengakui kecewa dengan kekalahan 0-1 kepada Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Menurut Moyes, lebih mengecewakannya adalah gol jaringan pemain gantian, Marcus Rashford diperoleh pada masa kecederaan setelah benteng pertahanan The Hammers beraksi cemerlang mengekang asakan-asakan skuad The Red Devils itu.

“Bagi saya, United sebenarnya sebuah pasukan yang kuat pada musim ini dan saya tidak terfikir untuk menewaskan mereka kali ini.

“Selain itu, kami juga telah ‘bertahan’ dengan baik tetapi akibat sedikit kelekaan, kami terpaksa menanggung padah apabila pintu gol berjaya dibolosi pada masa kecederaan.

“Apa pun, ia memang sesuatu yang agak mendukacitakan apabila kami terpaksa menanggung kekalahan ini biarpun telah beraksi dengan agak cemerlang sejak awal perlawanan," katanya.

Kekalahan West Ham itu menyaksikannya berada pada kedudukan kelima dengan 37 mata setelah mengharungi 23 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Moyes mengakui gembira ketika menyaksikan kedudukan West Ham pada carta EPL ketika ini.

Justeru katanya, diharapkan kedudukan itu berterusan atau mungkin lebih baik lagi bagi menamatkan saingan pada musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami bertahan dengan cukup baik pada perlawanan ini, cuma jentera serangan kami dilihat masih belum cukup mantap.

“Oleh itu, banyak perbaiki untuk mengharungi perlawanan seterusnya. Apa pun, agak sukar untuk saya menerima kekalahan kali ini,” katanya.