Penganggur didakwa lakukan amang seksual

Muhammad Nasiruddin didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun.
Muhammad Nasiruddin didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun.
A
A
A

TAIPING - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, tahun lalu.

Muhammad Nasiruddin A Rahman, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nasiruddin didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara menyentuh bahagian badan mangsa.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam kereta jenis Toyota Avanza di ladang kelapa sawit, Jalan Lampin, daerah Larut Matang (Selama) antara jam 5 dan 6 petang pada 24 Disember 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Faakihin Ahmad Pauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan seorang penganggur yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dikenalinya di Selama, minggu lalu.

Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan lelaki terbabit dalam kejadian itu.