X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Perjalanan VTL Malaysia-Singapura dibuka semula

Penjualan tiket bas dan penerbangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Malaysia- Singapura (VTL) dibuka semula berkuat kuasa serta-merta. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Penjualan tiket bas dan penerbangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Malaysia- Singapura (VTL) dibuka semula berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataannya memaklumkan, buat masa ini kuota tiket yang dijual bermula 21 Januari akan dikurangkan kepada 50 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan.

"Bagaimanapun bagi penumpang telah pun membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini walaupun akan melebihi kuota yang ditetapkan garis masa," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko.

"Penilaian risiko akan dilakukan dari semasa ke semasa di kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata, selaras dengan pengumuman itu, pengembara diingatkan mengenai keperluan melaksanakan ujian pantas antigen kendiri (RTK-Ag) pada hari kedua dan keempat serta keenam selepas ketibaan.

"Ujian RTK-Ag profesional turut perlu dilakukan pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan," katanya.

Khairy berkata, semua pengembara disaran agar bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Lakukan ujian pengesanan Covid-19 mengikut ketetapan yang digariskan bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain.

"Ia juga bagi memastikan perjalanan rentas sempadan melibatkan skim VTL Malaysia-Singapura ini dapat terus dilaksanakan dengan selamat," katanya.

VTL darat dan udara dilaksana pada 29 November tahun lalu sebelum penggantungan penjualan tiket dibuat pada 23 Disember susulan Singapura melaporkan satu kes Omicron tempatan dikesan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!