Najib balas afidavit Tommy Thomas, kerajaan

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan afidavit untuk membalas afidavit bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Kerajaan Malaysia yang mahu saman dikemukakan Najib berkenaan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dibatalkan.

Dakwa Najib, tindakan afidavit yang dikemukakan oleh Tommy dan kerajaan itu adalah cubaan untuk menghalang dakwaan berkenaan kesalahan terhadapnya didengar di mahkamah terbuka.

Tommy Thomas
Tommy Thomas

"Satu penegasan oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam afidavitnya adalah sangat tidak adil. Beliau membuat penegasan bahawa penetapan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa 'semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang' tidak terpakai kepada beliau setakat berkenaan pendakwaan terhadap saya.

"Adakah saya juga tidak diberikan perlindungan yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain?

"Fakta-fakta yang saya bergantung kepada adalah terkandung dalam afidavit saya dan akan didengar di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Najib telah mengemukakan saman kepada Tommy dan kerajaan pada Oktober tahun lalu dengan mendakwa pendakwaan berniat jahat atas pertuduhan yang dikemukakan dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Sebulan selepas itu, Thomas dan Kerajaan Malaysia telah memohon untuk membatalkan saman itu atas alasan bahawa saman Najib adalah remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Artikel Berkaitan: