Dekorasi Tahun Baru Cina
20 Januari 2022 05:55pm
Masa membaca: 4 minit
Replika keluarga harimau tiga beranak yang terdapat di Lorong Kwai Chai Hong dengan si bapa harimau menggonggong anaknya sementara si ibu harimau secara santai memerhatikan yang secara simboliknya memaparkan rasa kasih sayang, harapan, perlindungan serta bantuan, menghidupkan lagi suasana meriah menjelang sambutan Tahun Baru Cina, 1 dan 2 Februari ini.
Pengunjung mengambil peluang bergambar di Lorong Kwai Chai Hong dihiasi dengan dekorasi sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina ketika tinjauan di Lorong Kwai Chai Hong hari ini.
Tahun Baru Cina 2022 adalah Tahun Harimau, (haiwan ke3 dalam kitaran 12 haiwan dalam Zodiak Cina), dan tentunya arca Keluarga Harimau Malaya yang dibina di bahagian tengah lorong menambat hati sesiapa sahaja yang melewati Lorong Kwai Chai Hong.
Keluarga Harimau Malaya yang terdiri daripada si bapa sedang menggonggong si anak dengan diperhatikan oleh si ibu, secara simboliknya memaparkan rasa kasih sayang, harapan, perlindungan serta bantuan, menghidupkan lagi suasana meriah menjelang sambutan Tahun Baru Cina.