PM NZ lawat komuniti Islam di Christchurch

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden melawat komuniti Islam di Christchurch.- FOTO AFP
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden melawat komuniti Islam di Christchurch.- FOTO AFP
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden melakukan lawatan ke sebuah pusat pelarian yang menempatkan komuniti Islam, sehari selepas serangan maut di dua buah masjid di Christchurch yang setakat ini menngorbankan 49 nyawa.

Dengan linangan air mata, Arden menenangkan penghuni di Pusat Pelarian Canterbury di Christchurch dan menyampaikan sokongan, kasih sayang serta rasa dukacita bagi pihak seluruh rakyat New Zealand susulan insiden tembakan semalam.

"Seluruh New Zealand bersedih, dan kami semua berada di sini menyokong anda," kata Arden yang ditemani Timbalan Perdana Menteri Winston Peters, Pemimpin Kebangsaan Simon Bridges dan Ketua Parti Hijau, James Shaw.

Dalam pertemuan tersebut, Arden turut diminta memberi jaminan keselamatan di kawasan masjid berikutan kebimbangan dalam komuniti yang hanya mahu menjalankan ibadah dalam keadaan selamat.

Menurut Arden, bantuan keselamatan (perlindungan polis) dan kewangan akan diberikan kepada keluarga mangsa, termasuk membiayai kos pengebumian.- www.stuff.co.nz

Artikel Berkaitan: