'Ada beberapa ahli Parlimen 'hilang' waktu banjir'

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyindir beberapa ahli Parlimen pembangkang yang didakwa hilang ketika banjir melanda beberapa negeri pada pertengahan Disember tahun lalu.

Menurutnya, ada beberapa ahli Parlimen yang hilang pada ketika itu.

Ismail Sabri berkata, beliau telah melawat kawasan banjir sejak hari pertama kejadian berlaku.

"Kalau kata saya tiada, tak nampak muka waktu banjir, hari pertama malam saya sudah keluar berada di lapangan.

"Cuma saya tidak tahulah rakan-rakan lain. Saya tidak tahu, mungkinlah saya tidak nampak rakan-rakan lain ahli Parlimen, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) bekerja di waktu malam itu," katanya semasa berucap pada Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 Penggal Keempat di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sindiran Ismail Sabri itu kemudiannya menyebabkan Dewan Rakyat kecoh apabila pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) kemudiannya bangun dan menyatakan bahawa mereka bekerja serta turun padang pada waktu itu.

"Kami bekerja, turun padang." katanya.

Artikel Berkaitan: