Bangunan pejabat 'port' judi online

Bangunan pejabat yang disewa sindiket perjudian online digempur polis pada Ahad.
Bangunan pejabat yang disewa sindiket perjudian online digempur polis pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Helah sindiket perjudian dalam talian beroperasi di bangunan pejabat yang terletak di kawasan hostel pekerja asing di Klang Sentral di sini terbongkar dalam serbuan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Ops Jol itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara kira-kira jam 11.05 malam.

"Dua lelaki berusia 36 dan 42 tahun yang merupakan penjaga premis serta pemain telah ditahan

"Polis telah merampas tiga set komputer riba, enam set komputer, satu set moden serta wang tunai," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Vijaya Rao
Vijaya Rao

Beliau berkata, siasatan mendapati bangunan pejabat itu disewa RM1,000 sebulan dan beroperasi sejak kira-kira dua bulan lalu.

Tambahnya, sindiket terbabit dipercayai mula bertapak di kawasan hostel pekerja asing bagi mengelakkan dikesan pihak polis.

"Kegiatan perjudian itu dikesan beroperasi pada lewat malam dan hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.