X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Ismail Sabri akan hubungi JPN bantu Rohana

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghubungi Jabatan pendaftaran Negara (JPN) bagi membantu Rohana Abdullah yang ditinggalkan ibunya ketika berusia dua bulan di sebuah tadika pada 22 tahun lalu lepas. - tangkap layar Facebook Asyraf Afnan
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghubungi Jabatan pendaftaran Negara (JPN) bagi membantu Rohana Abdullah yang ditinggalkan ibunya ketika berusia dua bulan di sebuah tadika pada 22 tahun lalu lepas.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ismail Sabri kepada Rohana menerusi panggilan video yang dikongsi di Facebook Setiausaha Akhbarnya, Asyraf Afnan Ahmad Murtadza.

Menerusi perkongsian video sepanjang satu minit lima saat itu, Ismail Sabri berkata, beliau mengetahui mengenai kesulitan dialami Rohana selepas membaca mengenainya di akhbar.

"Kalau ada apa-apa perkembangan nanti, pegawai saya akan hubungi awak," katanya.

Rohana turut mengucapkan terima kasih dan berharap Perdana Menteri dapat membantunya.

Media pada Jumaat melaporkan Rohana, 22, ditinggalkan ibunya, seorang warga Indonesia dan dijaga hampir 20 tahun oleh seorang wanita, Chee Hoi Lan, 83, yang juga guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Rohana dilaporkan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta pernah mengalami kebimbangan (anxiety) akibat masalah dihadapinya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!