Hina Agong: Pemilik akaun Facebook Sharil Chain ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook ‘Sharil Chain’ kerana memuat naik komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki berusia 36 tahun itu, ditahan di Sungai Petani, Kedah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (iaitu mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau menyebut apa-apa perkataan menghasut.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok (16 Mac),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan medium media sosial dan tidak mengeluarkan sebarang kenyatan yang memperlekehkan sistem raja berpelembagaan negara ini sehingga mencetus provokasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: