KPKT terus laksana agenda berteraskan rakyat

Reezal dan pasukan KPKT mengadakan perbincangan dengan Mustapa di Putrajaya pada Jumaat.
Reezal dan pasukan KPKT mengadakan perbincangan dengan Mustapa di Putrajaya pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus mengorak langkah bagi melaksanakan agenda berteraskan rakyat sepanjang tahun 2022.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama pasukannya sehubungan itu mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi pelaksanaan inti pati Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melibatkan KPKT.

"Saya menekankan kepada pasukan KPKT bahawa kita tidak boleh berlengah untuk melaksanakan semua komitmen kita dalam agenda penting kerajaan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Jumaat.

Reezal Merican berkata, perbincangan tersebut berkisar kepada hal berkaitan perumahan khususnya Program Perumahan Rakyat (PPR), kebombaan, kerajaan tempatan, ekonomi kitaran dan pengurusan sisa pepejal.

"Pasukan KPKT turut membawa cadangan pemerkasaan dan penambahbaikan operasi pasukan #WiraMerah," katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi membolehkan kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa pada tahap terbaik dalam menghadapi apa jua kecemasan dan bencana.

"Insya-ALLAH, pelbagai inisiatif dan program berteraskan rakyat akan dilaksanakan oleh KPKT sepanjang tahun 2022 ini.

"Sinergi dan dokongan pelbagai agensi khususnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) merupakan salah satu faktor yang membolehkan ia dilaksanakan dengan berkesan dan memberi rasa 'feel good' kepada rakyat," kata beliau.

Artikel Berkaitan: