[VIDEO] Kemunculan pertama Game On pikat anak muda

Pentas pertama 'Game On 2022: Let’s Menang Bersama' mempertaruhkan dua pasukan yang diwakili oleh Prabakaran (kiri) dan Dr Afif (kanan).
Pentas pertama 'Game On 2022: Let’s Menang Bersama' mempertaruhkan dua pasukan yang diwakili oleh Prabakaran (kiri) dan Dr Afif (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Kemunculan pertama program baharu Sinar Harian berkonsepkan e-Sukan iaitu 'Game On 2022: Let’s Menang Bersama' mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan anak muda.

Pertama kali disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa, Game On merupakan satu program berentak santai di mana dua ahli politik muda akan dijemput pada setiap episod dan berentap bersama dengan pasukan masing-masing, diselangi dengan diskusi berkaitan isu semasa.

Pentas pertama yang bersiaran selama satu jam 25 minit itu menyaksikan pertembungan permainan Mobile Legend antara Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran bersama pasukan White Tiger menentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan pasukan Black Wolf dalam e-Sukan Mobile Legend.

Kedua-dua regu berbisa itu masing-masing merupakan pasukan daripada e-sport Selangor.

Game On 2022: Let's Menang Bersama dihoskan oleh Wan Ichigo (depan, kanan) dan Yonny Zahri (depan, kiri) pada Selasa.
Game On 2022: Let's Menang Bersama dihoskan oleh Wan Ichigo (depan, kanan) dan Yonny Zahri (depan, kiri) pada Selasa.

Kemenangan berpihak kepada Prabakaran dan pasukan White Tiger apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan keputusan 2-1.

Program Game On menampilkan kelainan jika dibandingkan dengan Wacana Sinar Harian yang lebih formal tetapi tetap menyampaikan buah fikiran atau idea kepada penonton dalam keadaan lebih santai.

Dihoskan oleh Wan Ichigo dan Yonny Zahri, Game On berjaya mengumpul 15,700 capaian di media sosial Facebook dan 10,000 capaian di aplikasi TikTok dalam siaran sulungnya.

Untuk tonton video penuh sila klik di SINI

Artikel Berkaitan: