Pakar bedah AS lakukan pemindahan jantung babi kepada manusia

David Bennett (kanan) sebelum menerima jantung dari khinzir. - Foto Universiti of Maryland School of Medicine
David Bennett (kanan) sebelum menerima jantung dari khinzir. - Foto Universiti of Maryland School of Medicine
A
A
A
WASHINGTON - Pakar bedah Amerika Syarikat (AS) berjaya memasukkan jantung daripada khinzir yang telah diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki berusia 57 tahun, kata Sekolah Perubatan Universiti Maryland di bandar raya Baltimore dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ia merupakan perubatan pertama yang suatu hari nanti boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan pendermaan organ.

Prosedur bersejarah itu berlaku pada Jumaat lalu, kata sekolah perubatan tersebut.

Ia merupakan peristiwa penting bagi pemindahan haiwan kepada manusia.

David Bennett sebelum ini dianggap tidak layak untuk menerima pemindahan bagi mendapatkan jantung manusia.
Artikel Berkaitan:


Keputusan untuk menerima organ haiwan sering diambil apabila penerima mempunyai masalah kesihatan asas yang sangat teruk.

Organ haiwan yang digunakan Bennett itu tergolong dalam kumpulan yang telah menjalani prosedur genetik yang diubah suai. - Agensi