2021/22 ACPLJ: Perling BC curi tumpuan di Melaka

Perling BC mara pusingan pertama kejuaraan ACPLJ apabila menempah tiket ke pusingan akhirpada Februari depan.
Perling BC mara pusingan pertama kejuaraan ACPLJ apabila menempah tiket ke pusingan akhirpada Februari depan.
A
A
A

PERSEMBAHAN garang Kelab Badminton Perling (Perling BC) pada saingan pusingan pertama Kejuaraan Badminton AEON Credit Purple League Junior 2021/22 (ACPLJ) membuahkan hasil apabila berjaya menempah tiket ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Februari depan.

Kelab dari Johor itu tidak berdepan masalah apabila meraih dua kemenangan besar 15-0 ke atas Mentakab BC dan 13-4 ke atas Seremban City BC sekali gus mengetuai carta empat pasukan Bawah 15 tahun terbaik dengan kutipan mata set sebanyak 332-163 dalam saingan selama dua hari di Smazh Premium Outlet, Melaka.

Perling BC akan diiringi oleh jiran mereka Segamat Spiritual BC, Damansara BC dan kelab dari Sarawak, WCBF Sibu yang berjaya menjuarai kumpulan masing-masing.

Menurut jurulatih Perling BC, Albert Lim, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sepanjang dua hari di Melaka.

Katanya, “Saya berpuas hati melihat para pemain beraksi dengan baik. Tetapi saya tidak mahu terlalu yakin kerana kami belum berdepan dengan lawan yang lebih hebat dari kami.”

“Kami akan terus berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh bagi berdepan pasukan yang hebat pada pusingan akhir nanti. Kami perlu mara ke separuh akhir terlebih dahulu sebelum boleh memikirkan untuk ke final,” tambah Albert lagi.

Bagi pasangan beregu campuran Perling BC, Dania Sofea dan Tania Nair pula, mereka berharap rakan sepasukan yang lain untuk kekal fokus menjelang pusingan akhir pada Februari.

“Kami berharap kami dapat mengekalkan momentum dan juga fokus untuk memberi yang terbaik pada pusingan akhir nanti.”

Artikel Berkaitan:

Pusingan pertama ACPLJ juga telah menyaksikan empat pasukan terbaik kategori Bawah 18 tahun memastikan kemaraan mereka ke pusingan akhir.

Prestasi konsisten yang dipamerkan Ampang Jaya BC memastikan slot mereka di pusingan akhir bersama-sama DSBC Labuan, Damansara BC serta Ayer Keroh Sports Centre (AKSC)

Aksi pusingan kedua ACPLJ akan disambung pada 15 hingga 16 Januari di Sixbase Sport Arena, Kampar dan 22 hingga 23 Januari di Tops Arena Empire, Cheras.

Empat pasukan terbaik setiap kategori pada setiap pusingan pula akan berentap di pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 20 Februari depan.