Lapan penduduk Palestin korban nahas jalan raya

Gambar fail menunjukkan sebuah lori dekat bandar Nablus, Palestin. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sebuah lori dekat bandar Nablus, Palestin. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Lapan penduduk Palestin terkorban pada Khamis ketika van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak simen di Tebing Barat yang dijajah Israel, kata media rasmi Palestin.

Kedua-dua kenderaan itu saling bertembung di Laluan 90 yang menyusuri Lembah Jordan yang berada di bawah kawalan keselamatan Israel berhampiran perkampungan Fasayil, menurut agensi berita Wafa.

Seorang anggota perubatan dalam Pasukan Penyelamat, Magen David Adom menyatakan dalam satu kenyataan bahawa tempat kejadian di lokasi nahas itu 'mengejutkan'.

"Kami melihat sebuah trak dan kenderaan persendirian hancur di tepi jalan," katanya.

Selepas kejadian, mangsa-mangsa masih tidak dikenali identiti mereka secara rasmi tetapi agensi berita tempatan melaporkan bahawa mereka ialah remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Bagaimanapun, agensi berita AFP tidak dapat mengesahkan perkara ini.

Wafa menyatakan bahawa Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengisytiharkan hari berkabung pada Jumaat di seluruh wilayah Palestin berikutan kejadian tersebut.

Pegawai perubatan menyatakan tujuh orang mati di tempat kejadian dan Wafa kemudian melaporkan seorang lagi mangsa tambahan manakala tiga orang lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Polis Palestin memberitahu AFP bahawa mangsa ialah pekerja dari bandar Aqraba, berhampiran Nablus. - Agensi