X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Lelaki maut angkara buat pusingan U mengejut

Keadaan Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam kejadian di kilometer (KM) 2 Jalan Ajil menghala Kuala Berang di Hulu Terengganu pada Khamis. - Foto ihsan PDRM
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu dirempuh kenderaan lain ketika membuat pusingan U mengejut di Kilometer (KM) 2 Jalan Ajil menghala Kuala Berang di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa, Mohammad Zawawi Abdullah, 61, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang pengurus syarikat ketika membuat pusingan U di hadapan sebuah kilang.

"Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda berada di lorong kanan menghala ke Kuala Berang sebelum kereta mangsa yang berada di lorong sebelah kiri tiba-tiba masuk ke laluannya untuk membuat pusingan U.

"Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan menekan membrek lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta mangsa sebelum ia terbabas ke kawasan berumput sebelah kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Menurut Mohd Adli, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!