X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Long Tiger direman, kuarantin 14 hari di Melaka

Long Tiger
A
A

JOHOR BAHRU - Long Tiger kini ditahan selama 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula Rabu hingga 18 Januari ini.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, tempoh dua minggu dijalani Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid adalah proses reman penjara dan kuarantin.

"Kita telah lengkapkan kertas siasatan dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan pertuduhan atau sebaliknya.

"Dia negatif Covid-19, cuma tahanan reman ini adalah prosedur reman penjara untuk kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

"Selesai jalani reman, kita akan melakukan tuduhan tetapi bergantung kepada Pejabat Peguam Negara," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Selain itu, beliau berkata, lapan lagi rakan lelaki berketurunan Rohingya itu berusia 30-an hingga 40-an termasuk seorang wanita yang disyaki bersubahat dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 28 Disember lalu, penjenayah paling dikehendaki dalam buruan polis itu ditangkap ketika bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.

Long Tiger kini ditahan selama 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula Rabu hingga 18 Januari ini.
Long Tiger kini ditahan selama 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula Rabu hingga 18 Januari ini.

Semasa tangkapan pada jam 3.15 petang oleh polis Bukit Aman itu, Long Tiger mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pada 29 Disember lalu, keempat-empat mereka termasuk lelaki berperwatakan perempuan yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat direman selama empat hari.

Long Tiger bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu hadapan pada 15 Disember lalu ketika sedang menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!