Penganggur didakwa bunuh adik

Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu.
Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas didakwa membunuh adik kandungnya di sebuah rumah di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, Disember lalu.

Tertuduh yang juga warganegara Thailand, Masofi Masae, 36, mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh adiknya, Ma-Udeng Masae, 30, di sebuah rumah Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, kira-kira jam 1.30 pagi pada 29 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazuha Mohd Nasir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nazuha turut meminta tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: