X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi

Fahmi
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketuanya, Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan konflik kepentingan melibatkan pegawai tinggi dan pemilikan saham akan menjadi ‘nanah’ yang membengkak dalam organisasi tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu juga akan merosakkan nama baik SPRM dan sikap berdiam diri Azam akan terus membawa kepada percakapan umum.

“Kita tidak mahu isu ini menjadi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pelbagai cara digunakan pihak tertentu untuk mendiamkan mereka yang cuba membangkitkan isu berkenaan di Parlimen dan luar Parlimen,” katanya pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fahmi menambah, pada 14 Disember tahun lalu, ahli-ahli Parlimen telah mengutarakan satu usul tergempar untuk membahaskan dakwaan itu tetapi tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Parlimen merupakan tempat terbaik untuk isu ini dijelaskan tetapi memandangkan Parlimen tidak bersidang sehingga 28 Februari, terbaik pada waktu ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan sementara siasatan dilakukan.

“Timbalan beliau memangku dan siasatan dilakukan oleh polis membabitkan beberapa aspek dalam konteks jenayah atau jenayah komersil.

Nik Nazmi
Nik Nazmi

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut bersetuju Azam direhatkan sementara daripada tugasnya.

“Tuduhan ini berat kerana tugas SPRM menentang rasuah. Saya rasa tidak sesuai untuk Azam bergerak secara aktif.

“Beliau perlu direhatkan sementara siasatan berlangsung. Kalau betul tidak ada penglibatannya, beliau boleh kembali bertugas,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!