Gunung di Arab Saudi dilanda lagi salji

Gunung Jabal al-Lawz, Tabuk menjadi tumpuan penduduk apabila kerap diselimuti salji. - Foto PSA
Gunung Jabal al-Lawz, Tabuk menjadi tumpuan penduduk apabila kerap diselimuti salji. - Foto PSA
A
A
A

RIYADH - Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.

Ia adalah disebabkan oleh gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.

Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.

Sejumlah kanak-kanak menikmati salji yang turun, mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial.

Ramai pengguna media sosial yang terkejut kerana kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.

Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga Ahad manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.

Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk juga diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk. - Agensi

Artikel Berkaitan: