Kakitangan kilang hulur bantuan di pusat saringan

Kakitangan Idemitsu SM turut menghulurkan bantuan tenaga di pusat saringan, hari ini.
Kakitangan Idemitsu SM turut menghulurkan bantuan tenaga di pusat saringan, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 15 kakitangan syarikat petrokimia Jepun, Idemitsu SM turun ke pusat saringan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini, hari ini.

Kakitangan Idemitsu SM, Ajmi Surip, 53 berkata, mereka dibenarkan pihak jabatan keselamatan syarikat untuk membantu di pusat tersebut.

"Kami bersama sukarelawan lain daripada beberapa syarikat dan NGO berganding bahu memunggah barangan keperluan untuk pemindahan pusat saringan

"Kami datang untuk bantu sebagai salah satu sumbangan untuk komuniti," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini, hari ini.

Setakat ini menurut maklumat yang disampaikan kepada media, pusat saringan akan berpindah ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini.

No Image Caption

Dalam pada itu, Ajmi akui bimbang keselamatan keluarganya susulan pencemaran kimia yang melanda kawasan Pasir Gudang.

"Saya memang risau keluarga tapi Alhamdulillah semua selamat. Sebab kami semua pun tinggal sekitar sini juga jadi kena berjaga-jaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mereka tidak panik atau mempercayai berita palsu yang tersebar sebaliknya menanti pengesahan daripada pihak berkuasa.