Banjir: Tiga laluan Gemas ditutup

Jalan berhampiran Kem Tentera Syed Sirajuddin Gemas yang dinaiki air selepas dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat.
Jalan berhampiran Kem Tentera Syed Sirajuddin Gemas yang dinaiki air selepas dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat.
A
A
A

TAMPIN - Tiga laluan di daerah Tampin ditutup selepas dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat.

Pegawai Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya, jalan berkenaan ialah Jalan FT001 Gemas - Tampin di jambatan Sungai Gemencheh Seksyen 226 yang telah ditutup kedua-dua arah.

"Jadi dari Gemas perlu dilencongkan melalui jalan negeri (Gemas - Kampung Londah N119) - (Jalan Felda Jelai - Felda Bukit Rokan Utara FT1279) - (Jalan Dangi - Gemencheh N13) - (Gemencheh - Tampin FT001).

"Jalan FT001 Gemas - Tampin Seksyen 219 dekat dengan simpang Kem Syed Sirajudin juga turut ditutup dari kedua-dua arah," katanya.

Menurutnya, Jalan Negeri Felda Jelai 2 - Pasir Besar N53 Seksyen 5.5 juga ditutup dari kedua-dua arah untuk semua jenis kenderaan.

Sementara itu berdasarkan maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

"Di Tampin, PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Keru, Sekolah Agama Rakyat Jelai 4, Surau Kampung Gedok dan Dewan Semarak Air Kuning.

"Bagi daerah Jempol pula di SK Felda Palong 1, Balai Raya Kampung Baru Rompin, Balai Raya Kampung Dato Johan dan Dewan Orang Ramai Jelai manakala PPS di Kuala Pilah iaitu di Dewan Desa Dangi dan Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah," katanya.

Artikel Berkaitan: