Polis sahkan mayat terapung tiada unsur jenayah

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan kematian empat individu yang mayatnya ditemui terapung di kawasan Pulau Jarak, Pulau Pangkor, Khamis lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas semua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki itu, mendapati tiada unsur jenayah setakat ini.

"Bedah siasat telah dijalankan pada pagi tadi (Jumaat) dan mendapati punca kematian adalah disebabkan uncertain due to deconposed body. Tiada sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, polis mengesyaki kesemua mayat tersebut adalah warga Indonesia berdasarkan pakaian dan keadaan mangsa yang tidak mempunyai kesan suntikan di lengan kanan dan kiri.

Katanya, tiga mayat wanita ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian manakala mayat lelaki hanya berbaju dan seluar dalam serta mempunyai lukisan bergambar di dada.

"Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Anggaran umur juga tidak dapat dipastikan kerana keadaan tubuh badan mangsa yang dah mula mereput," katanya

"Mayat kini disimpan di bilik mayat Hospital Seri Manjung sementara menunggu untuk dituntut oleh waris sekiranya ada," katanya.

Artikel Berkaitan: