X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Mydin lancar kempen OURDIN, kumpul dana bantu mangsa banjir

Baju T OURDIN menunjukkan solidariti kepada mangsa banjir. Gambar kiri: Ameer Ali Mydin
A
A

SHAH ALAM - Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi Mydin Prihatin melancarkan kempen OURDIN pada Rabu sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, kempen dengan slogan ‘Bersama Kita Bersatu’ dinamakan OURDIN berikutan tular di media sosial berkaitan usaha Mydin membantu mangsa banjir sehingga mendapat pujian ramai.

Beliau berkata, Mydin Prihatin menyasarkan untuk memanfaatkan rantaian bekalan dan logistik mereka sebagai platform mengumpul dana bagi rakyat Malaysia yang turut sama menghulurkan sumbangan dan bantuan segera kepada mangsa di kawasan terjejas.

“Kami percaya Mydin mampu memainkan peranan membantu mangsa-mangsa banjir, tetapi kami tidak boleh melakukannya sendiri dan memerlukan sokongan semua pihak.

“Justeru, melalui inisiatif OURDIN ini, keseluruhan 100 peratus hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan dan memerlukan, di samping menunjukkan solidariti kami bersama seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Jaga Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan sama, Mydin Prihatin membuka laman sesawang khusus iaitu www.ourdin.com.my bagi membolehkan orang ramai membantu mangsa banjir menerusi pembelian baju T berkolar eksklusif keluaran Mydin bernilai RM55.

"Penghantaran adalah secara percuma untuk Semenanjung Malaysia, manakala RM15 bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

"Proses penghantaran akan dilakukan dalam tempoh antara 10 hingga 14 hari bekerja. Kempen bermula 29 Disember 2021," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!