1,000 pek nasi kandar untuk mangsa banjir

Presma menerusi Restoran Al Ali Nasi Kandar di Shah Alam menyediakan 1,000 pek makanan untuk mangsa banjir di Mentakab, Pahang.
Presma menerusi Restoran Al Ali Nasi Kandar di Shah Alam menyediakan 1,000 pek makanan untuk mangsa banjir di Mentakab, Pahang.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) membantu mangsa banjir dengan menyediakan 1,000 pek nasi kandar untuk mereka.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, Presma tidak mahu ketinggalan untuk membantu meringankan beban semua mangsa banjir itu.

Menurutnya, pihaknya menerusi Restoran Al Ali Nasi Kandar di Shah Alam menyediakan 1,000 pek makanan untuk mangsa banjir di Mentakab, Pahang sempena hari ke sembilan misi bantuan kepada mangsa banjir.

"Insya-Allah kami akan menyediakan makanan secukupnya untuk pihak yang terkesan akibat banjir menerusi misi bantuan kemanusiaan Presma,” katanya kepada Sinar Harian,pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, program bantuan berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan dan dizahirkan di setiap negeri yang terjejas akibat bencana banjir oleh ahli Presma mengikut keperluan.

Artikel Berkaitan: