Cavani selamatkan maruah Manchester United di Newcastle

Cavani penyelamat Manchester United ketika berdepan Newcastle United di St James' Park.
Cavani penyelamat Manchester United ketika berdepan Newcastle United di St James' Park.
A
A
A

PEMAIN gantian Edinson Cavani muncul penyelamat maruah Manchester United apabila meledak jaringan ketika membantu The Red Devils mengikat Newcastle United 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park.

The Magpies yang bergelut di zon penyingkiran terlebih dulu memimpin perlawanan apabila Allan Saint-Maximin memberikan tuan rumah pendahuluan seawal minit ketujuh untuk menewaskan penjaga gol, David De Gea.

De Gea tampil cemerlang apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pasukan tuan rumah, malah bernasib baik setelah jaringan minit ke-38, Callum Wilson dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika The Magpies berkira-kira untuk tiga mata dalam pemburuan kemenangan kedua musim ini, Cavani yang mengantikan Mason Greenwood pada minit ke-46 tampil meledak gol penyamaan pada minit ke-71.

Keputusan itu menyaksikan Manchester United tenang dikedudukan ketujuh dengan 28 mata daripada 17 perlawanan, di belakang West Ham di tempat keenam dengan perbezaan gol, manakala Newcastle kekal di tangga ke-19 dengan 11 mata daripada 19 perlawanan.

KEPUTUSAN

Newcastle United 1-1 Manchester United

Saint-Maximin (7')

Artikel Berkaitan:

Cavani (71')