Menteri sahkan air Sungai Lui meningkat semula

Air Sungai Lui dilaporkan meningkat semula pada Ahad malam. - Foto Twitter Reezal Merican
Air Sungai Lui dilaporkan meningkat semula pada Ahad malam. - Foto Twitter Reezal Merican
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan air Sungai Lui, Hulu Langat naik semula malam ini.

"Air Sungai Lui kembali naik malam ini. Allahu Akbar.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat telah pun dalam mode siap sedia di lokasi bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku," katanya dalam satu ciapan di Twitternya.

Bagaimanapun dalam satu lagi hantaran di Twittternya, beliau memaklumkan air telah pun surut, namun pasukan bomba tetap berjaga-jaga dan memantau keadaan.

Sebelum ini, Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin membuat hantaran berhubung kawasan Tuntung, Hulu Langat mula dinaiki air selepas Sungai Lui didapati meningkat semula dan mencetuskan kebimbangan penduduk.

"Info dari sahabat saya Syah yang berada di Sungai Lui dalam keadaan alert.

"Hujan di bahagian hulu, ada tempat dah start naik air. Kawasan di Tuntung, Sungai Lui Hujan lebat. Tuntung dah mula banjir. Sahabat di Sungai Lui dan sekitar beringat. Air naik dengan cepat, maklumkan semua orang.

Artikel Berkaitan:

"Aku di Sungai Lui tengah berkemas nak balik Puchong," katanya menerusi akaun Facebooknya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya membawa keluar kenderaan dan dokumen penting serta menyelamatkan diri termasuk keluarga masing-masing.